fbpx

celcomplan.com

4 Kaedah Cara Bayar Bil Celcom Yang Sangat Memudahkan

Written by Jom Telco

Setiap bulan sebaik sahaja kita menerima gaji dari majikan, antara perkara pertama yang kita utamakan ialah membayar semua jenis bil dan hutang bulanan seperti bil air, bil elektrik, hutang kereta, insurans dan lain-lain.

Kalau dulu, zaman sebelum internet menjadi kebiasaan, kita terpaksa menapak ke pejabat-pejabat kerajaan atau pun kiosk-kiosk yang menyediakan perkhidmatan pembayaran bil-bil ini.

Tetapi, kini segalanya sudah semakin mudah. Dengan kehadiran perbankan atas talian, e-wallet dan apps, proses pembayaran bil jadi lebih senang (kecuali semasa website bank down atau nombor TAC yang tak sampai sampai. Kadang-kadang menyumpah juga bila tengah urgent).

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan 4 kaedah untuk anda buat pembayaran Bil Celcom anda. Jadi, tak payah pening-pening dah lepas ni.

1

Online Banking

Semestinya online banking jadi pilihan nombor satu bila nak bayar bil Celcom ni. Kami kongsikan caranya dengan menggunakan 2 bank paling popular di Malaysia, iaitu Maybank & CIMB.

Tips : Cara kenalpasti nombor akaun bil Celcom (Ref-1), JomPay Biller Code anda

Cara Bayar Bill Celcom Menggunakan Maybank2u

i. Pergi ke https://www.maybank2u.com.my/dan login ke akaun anda

ii. Klik Tab Pay & Transfer di bahagian atas. Kemudian akan keluar paparan Pay

iii. Ada dua cara yang boleh anda pilih di sini, iaitu

Payee – Sekiranya anda pilih Payee, anda perlu 

  • Pilih Celcom
  • Masukkan nombor akaun bil Celcom anda (biasanya anda dapat semasa mendaftar pelan/pakej dengan Celcom) > Confirm

  • Masukkan jumlah yang perlu dibayar
  • Klik butang Pay
  • Jangan lupa simpan slip bukti pembayaran anda setelah berjaya sebagai rekod

Jompay – Sekiranya anda pilih Jompay,

  • Masukkan Biller Code Celcom iaitu 2881.

  • Kemudian, di ruangan Ref-1, masukkan nombor akaun bil Celcom anda
  • Masukkan jumlah perlu dibayar dan klik butang Pay
  • Jangan lupa simpan slip bukti pembayaran anda setelah berjaya sebagai rekod

Cara Bayar Bill Celcom Menggunakan CIMBClicks

i. Pergi ke https://www.cimbclicks.com.my dan login ke akaun anda

ii. Klik Pay & Transfer > Pilih salah satu antara Pay Bills atau JomPay

Pay Bills 

  • Isikan ruangan seperti dalam gambar

  • Klik butang Make Payment untuk membuat pembayaran
  • Jangan lupa simpan slip bukti pembayaran anda setelah berjaya sebagai rekod

Jompay – Sekiranya anda pilih Jompay, 

  • Isikan ruangan seperti dalam gambar di bawah

  • Klik butang Make Payment untuk membuat pembayaran
  • Jangan lupa simpan slip bukti pembayaran anda setelah berjaya sebagai rekod

2

Menggunakan Boost App

Boost app ialah antara e-wallet yang popular di Malaysia. Menariknya, setiap kali anda membuat pembayaran melalui app ini, anda boleh mendapat cashback atau reward. Bukan sahaja memudahkan, anda juga turut untung. 

Jom kami tunjukkan cara membayar bill Celcom dengan Boost app ini.

1. Install app Boost app di sini. Android & IPhone

2. Sekiranya anda masih belum register, sila register terlebih dahulu. Bagi yang sudah, teruskan dengan langkah ketiga

3. Pilih Pay Bill atau klik Icon Love (di bahagian atas) dan pilih Bills & Payment

4. Klik Add New Bill Account dan pilih Celcom

5. Tekan icon + dan masukkan Nombor Akaun Bill Celcom Anda

6. Kemudian buat pembayaran seperti biasa

7. Jangan lupa simpan slip/resit selepas pembayaran untuk rekod

8. Jangan lupa untuk shake shake bagi mendapat cashback. Baru untung.

3

Menggunakan Celcom Life App

Ini juga salah satu cara yang boleh anda gunakan untuk bayar bill Celcom anda. Semestinya dengan app yang dikeluarkan sendiri oleh Celcom.

Selain bayar bill, anda juga boleh memantau berapa banyak data yang anda telah gunakan, baki kredit anda. Paling best, Celcom juga selalu bagi reward kepada pengguna app ini. Antara reward yang pernah ada ialah beli TeaLive dengan harga RM4. Murah tuu.

Jom kami tunjukkan cara membayar bill Celcom dengan Celcom Life App ini.

1. Install app Celcom Life. Android tekan sini & IPhone picit sini.

2. Lepas install, buka app ini. App ini akan minta nombor telefon celcom anda kemudian password yang anda ingin tetapkan.

3. Sebaik sahaja masuk ke dashboard app ini, anda dapat melihat baki kuota data terkini anda.

4. Di bahagian bawah ada icon Pay Bill. Klik situ.

5. Kemudian, anda boleh pilih untuk bayar menggunakan Debit/Kredit kad atau pun online banking pilihan anda.

6. Tekan Next.

Sekiranya anda pilih debit/kredit kad, app ini akan meminta maklumat debit/kredit anda. Sekiranya anda pilih Online Banking, anda akan diminta untuk memilih bank untuk anda buat pembayaran. Macam anda shopping online di lazada dan shopee tu.

7. Kemudian, hanya tekan next next sehinggalah selesai proses pembayaran bill anda. Sangat mudah kan.

4

Melalui Celcom Center Atau Celcom Bluecube

Ini pula cara offline. Cara orang lama-lama. Mana tahu internet anda dah down ke, dan anda terpaksa membuat bayaran secara manual. Untuk lebih mudah, anda boleh terus pergi ke Celcom Center berhampiran anda.

Di bawah ini, kami sertakan maklumat Celcom Center atau Kiosk Celcom (Celcom Bluecube) yang ada di seluruh Malaysia untuk anda rujuk.

Itulah 4 kaedah yang boleh anda gunakan untuk membayar bil Celcom anda. Sangat mudah kan. Malah, ada antara kaedah tu yang bagi reward pula bila anda bayar bil Celcom anda. Jadi, dah tak perlu bagi alasan tiada masa nak ke Celcom Center untuk bayar.

Semuanya di hujung jari sahaja.

Dah baca, jomlah kongsikan artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Terus Inovasi Enterprise - T261895